| Subject: mari kita bincang dan buat keputusan Kawan-kawan EOD,
Mula sekali aku nak ucap well-done sbb ramai player EOD akan join Fun War malam karang. All the best ye.
Kedua, aku nak bukak cerita pasal recruitment sbb aku sendiri tak paham proses pengambilan ahli baru. Sbb pelbagai cara digunakan oleh clan masing2. Perkara ni perlu dibincang dan difahami oleh semua player supaya ajaran sesat tidak timbul kelak. Sama ada kaedah "isi borang->test" atau "contact admin->test->isi borang" atau lain cara. Kemudian Recruitment Centre tu apa halatuju nya. Adakah ia sekadar tempat menunggu atau lebih pada itu? Sbb aku tak percaya ramai org akan membahagi masa kat tempat yg bebeza, apatah lagi kalau terlampau byk room yg wujud. Tak percaya tanya saja Kazuma Kiryu. Kalau ia sekadar bilik menunggu utk temuramah then tak perlu lah byk aktiviti disitu. Mungkin sekadar promosi dan temuramah shj. Budak masuk dan keluar.
Ketiga, aku syorkan supaya entry masuk group direndah kepada 1000 sahaja. Sbb kita dah kesuntukan masa dan aku tak percaya kita boleh dapat tester "akaun mati" yg bernilai 1500. Rata2 akaun defense tinggi ialah "akaun hidup" dan sentiasa meningkat. So aku cadangkan kita pakai shj Anne Natasha sbb defense = 1k. Kesian jugak kat Mr. Nas nanti sbb nak distribute skill kat akaun energy dia tu.
Last sekali, aku cadangan "sesi training" hanya dibuat kepada sesiapa yg kita invite shj dan bukan secara open melalui borang. Memandangkan kita takkan buat training room, so Watchtower adalah tempat mereka untuk berlatih. Oleh itu pemilihan sebaik-baiknya dilakukan dari pihak kita.
EOD perlu ada target dan untuk aku, kalau kita bleh dapat 3 orang baru yg bertag serta 4-5 orang training sebelum 2011 pun dah kira bagus.
Lord "Man in Madness" Braga Chief Admin |
No response to “"EYES OF DESTRUCTION: The Watchtower" sent you a message on Facebook...”
Leave a Reply