Sunday, September 25, 2011

Jemputan Majlis Makan Malam PERCUMA...

Salam hormat,

Persatuan Usahawan Internet Malaysia bersama Wangcyber.com menjemput anda semua ke Majlis Makan Malam bersama Perdana Menteri pada:

Tarikh: 29/9/2011 Khamis
Masa: 8.30pm-10.30pm
Pakaian: Kebangsaan (Baju Melayu , Batik).

Makan Malam ini dianjurkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)
yang baru ditubuhkan pada 23 Julai ini.

Dalam MTEM ini terdapat 63 keanggotan dari NGO (Persatuan, Koperasi,
Bank) yang merupakan semua Melayu.

Fokus utama majlis makan malam ini

1) Memberi peluang kepada badan-badan lain yang memerlukan khidmat
nasihat atau mencari peluang kerjasama dengan komuniti Internet.

2) Membuka ruang kepada semua usahawan melayu untuk berkumpul dan
bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai aspek termasuk kerjasama dalam
pemasaran produk, atau servis.

3) Memberi galakan kepada usahawan muda yang dimana dijangka 60%
kehadiran adalah generasi Y yang amat diperlukan dalam membentuk
masa depan Melayu di Malaysia dan Rantau Asia.

4) Memberi kesan dan membina perhatian dari Perdana Menteri dimana
ramai lagi usahawan melayu tidak mendapat peluang dari Kerajaan dalam
bentuk ekonomi khususnya.

5) Dan banyak lagi fokus untuk kepentingan orang Melayu di Negara ini.


Adalah amat-amat diharapkan kita semua menyertai peluang ini dengan
mengambil inisiatif dan langkah bijak dengan bersama-sama berkumpul
lebih 5000 orang usahawan Melayu di MAEPS, UPM Serdang.


Sila register nama anda untuk mendapat jemputan MAJLIS MAKAN MALAM
secara PERCUMA di

1) PENDAFTARAN

http://www.malaychamber.com/mtem/

2) PAGE PERTANYAAN

http://www.facebook.com/MajlisTindakanEkonomiMelayu

Salam hormat.

Admin WC
www.wangcyber.com

No response to “Jemputan Majlis Makan Malam PERCUMA...”

Leave a Reply