Thursday, September 25, 2014

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 di Kuala Lumpur Anda dialu-alukan untuk menghadiri ke Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 yang akan berlangsung tidak lama lagi

logo
The best broker in Asia

www.instaforex.com

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 di Kuala Lumpur Anda dialu-alukan untuk menghadiri ke Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 yang akan berlangsung tidak lama lagi

InstaForex amat berbesar hati untuk menjemput kesemua rakan niaga dan pelanggan dari seluruh Malaysia untuk menyertai Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014, acara berprofil tinggi untuk komuniti forex. Acara gilang-gemilang ini dijadualkan akan berlangsung pada 11 Oktober, bertempat di Royal Chulan Damansara, salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Majlis Makan Malam Perdana ini merupakan platform terbaik kepada para tetamu untuk berjumpa dan berkenalan dengan pedagang baru dalam dunia kewangan. Malah, acara berprestij ini juga dijangka akan menghimpunkan sejumlah besar pedagang-pedagang profesional dan penganalisis industri forex dalam suasana santai. Oleh itu, majlis ini boleh dianggap sebagai salah satu pilihan yang terbaik untuk mewujudkan hubungan perniagaan yang kukuh. Majlis Makan Malam Perdana ini juga membolehkan para tetamu untuk berkomunikasi dengan rakan niaga, para pelabur, dan wakil-wakil dari InstaForex.

Secara ringkasnya, Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 kali ini sudah tentu akan menjadi platform utama untuk para pedagang untuk menjana idea-idea perniagaan baru dan seterusnya merealisasikannya.

Seperti kelaziman, para tetamu akan turut dihidangkan dengan pelbagai program menarik dan juga berpeluang untuk berhibur dengan persembahan hebat daripada artis terkenal tanah air. Selain itu, para tetamu juga berpeluang untuk memenangi berbagai hadiah lumayan berupa alat peranti moden dan sijil bonus dalam cabutan bertuah. Para tetamu juga akan diberikan kit promo berupa premium korporat eksklusif InstaForex setiap seorang.

Istimewanya, hanya pelanggan InstaForex dan rakan niaga di Malaysia sahaja yang akan berpeluang untuk menikmati dan menerima penghormatan di dalam Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014. Bagi memastikan anda layak untuk mendaftar sebagai tetamu, jumlah baki akaun dagangan anda dengan InstaForex haruslah melebihi USD $100. Bagi pendaftaran VIP pula, anda dikehendaki mempunyai baki akaun dagangan sekurang-kurangnya USD $1,000.

Hanya tinggal beberapa sahaja lagi sebelum Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 berlangsung. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada para pedagang agar segera mengisi borang pendaftaran bagi memastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lagi acara gilang-gemilang ini.

Sementara itu, kemudahan bas untuk perjalanan pergi dan balik juga akan disediakan secara percuma untuk para pelanggan InstaForex dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang, dan Kedah.

Tema warna pakaian bagi Majlis Makan Malam Perdana tahun ini adalah merah dan hitam. Oleh itu, anda bolehlah mula merancang dari sekarang untuk pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan tema pada tahun ini.

Kami berasa begitu teruja untuk bertemu dengan anda pada 11 Oktober, 2014 bermula dari jam 18:00 hingga 23:00 di 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sincerely,
InstaForex PR Releases Department

If you have any questions, you can make a phone call using one of the
Instaforex Toll free numbers right now:

1 866 8000 719
0 8000 51 88 99
0 800 898 548
1 800 882 528
001 803 017 9108
0 800 500 329
822 140 799
8 800 080 5553


InstaForex Group is an international brand providing online trading services to the clients all over the world. Company's activity is regulated by the local and international legislation. This letter may contain personal information for access to your InstaForex trading account, so for the purpose of safety it is recommended to delete this data from the history. If you have received this letter by mistake, please contact InstaForex Customer Relations Department.

InstaForex Group | Teatralnaya 30, 5th floor | Kaliningrad | 236022 | Russia

No response to “Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 di Kuala Lumpur Anda dialu-alukan untuk menghadiri ke Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014 yang akan berlangsung tidak lama lagi”

Leave a Reply