Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru & Berita Terkini Dari WangCyber.com

Assalammualaikum & salam sejahtera arildinho,

Rasanya masih belum terlambat untuk pihak WangCyber.com mengucapkan selamat Tahun Baru kepada anda.
Bagaimanakah perjalanan hidup anda pada tahun 2011 yang lalu?
Berapa banyakkah azam anda yang telah berjaya di capai?

Sama ada sudah ercapai atau belum tercapai..
kami pasti.. untuk tahun 2012 anda akan membuat sesuatu yang lebih hebat lagi berbanding tahun 2011.

Baiklah, sempena awal tahun 2012 ini, saya ingin menyampaikan kepada anda mengenai
beberapa berita/perkembangan semasa wangcyber.com!

------------------------------------------
WangCyber.com TradeMark
------------------------------------------


Alhamdulillah, pada disember 2011, jenama wangcyber sudah berjaya di daftarkan di
"Perbadanan Harta Intelek Malaysia" sebagai sebuah cap dagangan yang sah.
Perkara ini membolehkan pihak wangcyber menggunakan simbol
(TM) pada bahagian logonya dan sekaligus melindungi jenama WangCyber
dari diciplak / disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


------------------------------------------
Mobile Theme
------------------------------------------


Pihak wangcyber juga sudah mengupgrade "template mobile" bagi forum wangcyber.com.
Dengan ini, anda boleh melayari forum wangcyber.com dengan lebih mudah
dan selesa menggunakan browser di handphone/smartphone anda.

Untuk menggunakan "themes mobile" ini, anda tidak perlu bersusah payah memilih
theme ini dibahagian "Style chooser"... tetapi, ianya berfungsi secara automatik.

Jika anda melayari forum wangcyber menggunakan handphone anda,
ia secara automatik akan memaparkan forum wangcyber menggunakan theme mobile.


------------------------------------------
Section Baru - Technoprenuer
------------------------------------------


Satu seksyen baru telah diwujudkan di forum wangcyber.
Ianya adalah seksyen khas untuk teknoprenuer... dimana,
seksyen ini akan lebih menumpukan kepada perbincangan serta budaya startup di Malaysia.

Seksyen tersebut boleh diakses menerusi url berikut:

http://www.wangcyber.com/forum/technoprenuer/


------------------------------------------
Unsubscribe Option di Newsletter..
------------------------------------------


Ini mungkin option yang dinanti-nantikan oleh sesetengah ahli wangcyber.
Sebelum ini, jika anda tidak mahu menerima sebarang email lagi dari pihak admin wangcyber,
anda perlu update setting option "receive email from admin" di bahagian profile anda.

Tetapi kini, ianya sudah dipermudahkan...
jika anda tidak mahu menerima sebarang email lagi dari pihak admin wangcyber,
anda boleh klik pada link "unsubscribe" yang terdapat dibawah email ini.
Dan anda tidak akan lagi menerima sebarang update lagi dari pihak kami di masa hadapan.


Itulah sahaja update terkini dari kami buat kali ini.
Insyallah, kami akan hantarkan lagi beberapa update mengenai wangcyber.com kepada
anda dari semasa ke semasa di masa hadapan.

Sekian, moga bertemu lagi


Sekian,


WC Admin
www.wangcyber.com

You received this mail because you are subscribed to the WC Forum mailing list.
If you no longer wish to receive any further mail from this mailing list, please click here.
To control what mail topics you receive mail about, please click here.

No response to “Selamat Tahun Baru & Berita Terkini Dari WangCyber.com”

Leave a Reply